Isnin, 18 April 2016



Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.

  • Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula.
  • Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.
  • Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.
                  

  • Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, ia boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula.
  • Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali.
  • Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan baru.