Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.
- Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula.
- Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.
- Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.
- Aluminium merupakan bahan yang boleh dikitar semula 100%. Menurut fakta, ia boleh digunakan semula dalam tempoh 60 hari selepas dikitar semula.
- Aluminium ini juga boleh dikitar semula untuk tujuan yang sama beberapa kali.
- Selain itu, aluminium yang dikitar semula hanya menggunakan 5% tenaga jika dibandingkan penghasilan aluminium dengan bahan baru.
terima kasih
BalasPadam